Pages

Tuesday 25 December 2012

Oh! list bahan kimia y berbahaya untuk kesihatan

Bahan KimiaKegunaanBahaya Toksik
1,4-Dioxane[18]Produk penjagaan diri yang
mengandungi agen pembasah
ethoxylate (seperti cecair pencuci, agen pembuih, pengemulsi dan pelarut) mungkin dicemari dengan 1,4-dioxane yang merupakan karsinogenik.
Menyebabkan semua jenis kanser
Ammonium lauryl sulfat (ALS)[12]Sejenis surfaktan yang dijumpai dalam
syampu dan cecair mandian dan
digunakan sebagai agen pembuih.
Dalam kepekatan yang tinggi,
 molekul ini mungkin menyebabkan
krengsaan pada mata dan kulit.
Pewarna tiruan (Coal Tar Dyes)[17]Digunakan sebagai pewarna tiruan.Sesetengah pewarna tiruan seperti
Blue 1 dan Green 3 …D&C Red 33,
FD&C Yellow 5, FD&C Yellow 6 adalah
 karsinogenik.  Sesetengah pewarna
Coal Tar tiruan mengandungi arsenik
 dan plumbum.
Cocamidopropyl betaine (CAPB)[8]Surfaktan sintetik digunakan dalam syampu dan pencuci tangan dan sebagai agen antistatik dalam perapi rambut.Dikenali sebagai penyebab reaksi alergi.
Diundi sebagai "Allergen of the Year 2004"
 oleh American Contact Dermatitis Society.
Diazolidinyl urea,
DMDM-hydantoin,
 Imidazolidniyl urea[22]
Digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagaan diri.Pembebas formaldehid dan boleh
menyebabkan reaksi alergi pada manusia.
Asid Ethylenediamine tetra-acetic  (EDTA)[25]Sebagai penggalak penembusan untuk meningkatkan penyerapan bahan pada tubuh.Mempercepatkan menyerapan toksin
 dalam tubuh dan menjejaskan hormon.
Florida[14]Sebatian yang mengandungi
 florida digunakan dalam
 terapi fluorida sistemik
dan topikal bagi mencegah
 kerosakan gigi.
Mekanisma ketoksikan melibatkan
 gabungan anion florida dengan ion
 kalsium dalam darah untuk membentuk
 kalsium fluorida tak larut, mengakibatkan
hipokalsemia; kalsium penting untuk fungsi
sistem saraf, jadi keadaan ini
boleh membawa maut.
Formaldehid[21]Dikenali sebagai pengawet.Didapati menyebabkan kanser dalam
 ujikaji makmal pada mamalia.
 Ia juga merupakan agen alergi.
Pewangi[28]Merupakan komponen
pada produk rambut,
 wajah, mata dan kuku.
Menyebabkan reaksi alergi pada manusia,
dari kegatalan dan kemerahan kulit
 hingga bengkak, melecet dan ulser,
 yang mungkin boleh merebak dan
 memerlukan rawatan atau ditahan
 di hospital. Kejutan anafilaktik yang
menyebabkan kematian juga kadangkala
dilaporkan akibat daripada komplikasi.
MEA, DEA, TEA[23]Sebagai penggalak penembusan
untuk meningkatkan
penyerapan bahan pada tubuh.
DEA dan TEA berinteraksi dengan
pengawet nitrit atau nitrogen oksida dalam
 udara untuk membentuk NDELA pada kulit.
  NDELA ialah sejenis karsinogen.
Methylisothiazolinone dan Methylchloroisothiazolinone[10]Digunakan sebagai pengawet
dalam produk penjagaan diri.
Menyebabkan reaksi alergi dan kerengsaan
 pada manusia.
Minyak Mineral[11]Bahan yang biasa dijumpai
dalam losyen bayi, krim penyejuk
 dan minyak salap.
Didapati menyebabkan kancer semasa
ujikaji makmal terhadap mamalia.
Nitrosamin[9]Dijumpai dalam produk makanan,
 produk getah, racun perosak
dan sesetengah kosmetik.
 Kerajaan U.S menetapkan had
 jumlah nitrit yang dibenarkan
dalam produk daging bagi
mengurangkan risiko kanser pada manusia.
Nitrosamin boleh meyebabkan kanser pada
kebanyakan spesis binatang, jadi ia
mungkin juga karsinogenik kepada manusia.
Paraben (metil, etil, propil, butil)[20]Digunakan sebagai pengawet
dalam produk penjagaan diri.
Mengganggu hormon dan menyebabkan
 reaksi alergi kepada manusia.
Phthalates[30]Digunakan sebagai pelembap kulit, dan menggalakkan penyerapan pada kulit.Mungkin mengganggu hormon dan
menyebabkan masalah reproduktif
 dan merosakkan perkembangan
 neuro kanak-kanak.
Polyethylene glycol (PEG)[26]Banyak digunakan dalam pewarna
 rambut dan syampu sebagai
agen pelembap.
Dicemari dengan karsinogen ethylene
oksida dan dioxane.
Propylene glycol[15]Digunakan sebagai pelarut dalam
 kebanyakan produk penjagaan diri.
Didapati menyebabkan reaksi
alergi pada manusia.
Silikon (Dimethicone,
 Dimethicone Copolyol
 atau Cyclomethicone)[13]
Berbagai jenis minyak silikon yang
 wujud dalam syampu untuk
menjadikan rambut bersinar dan licin.
Silikon dianggap tidak mesra alam
 sekitar kerana ia merupakan
 bahan kimia takterbiodegradasikan.
Sodium benzoat[29]Pengawet gred makanan yang
digunakan dalam produk penjagaan diri.
Kajian mendapati bahawa sodium
benzoat merosakkan DNA mitokondria
 pada sel yis dan mungkin memberi kesan

 yang sama pada manusia.
Sodium laureth sulfat atau Sodium lauryl ether sulfat (SLES)[16]Wujud sebagai cecair pencuci
dan agen surfaktan dalam
 kebanyakan produk penjagaan diri.
 Agen pembuih yang tidak mahal.
Merupakan agen perengsa seperti cecair pencuci yang lain.  Didapati menyebabkan kerengsaan mata dan kulit dalam ujikaji terhadap haiwan dan manusia.  Sesetengah produk mengandungi SLES didapati turut mengandungi paras karsinogen 1,4-dioxane yang rendah.
Sodium lauryl sulfat (SLS)[24]Sebagai penggalak penembusan
 dalam cecair pencuci untuk meningkatkan penyerapan bahan pada tubuh.
Mempercepatkan menyerapan toksin dalam tubuh dan menjejaskan hormon.  Sesetengah sabun mengandungi SLS dengan kepekatan sehingga 30% dan AKTA melaporkan ia sebagai "sangat merengsa dan bahaya".
Talkum[19]Dikenali sebagai bedak talkum.Karsinogen didapati berkait rapat dengan kanser ovari dan kerengsaan paru-paru.
Triclosan[27]Sejenis pengawet dan
agen antimikrob, dipasarkan
 dengan keupayaan menentang
 kuman dalam produk penjagaan
 diri seperti sabun antibakteria,
 deodoran, cecair pencuci, ubat gigi dan ubat kumur.

Boleh mengganggu hormon yang diperlukan untuk pembentukan otak dan sistem pembiakan dan dikaitkan dengan ketidaksuburan dan masalah lain.
8, 9, 12, 13, 14, 16, 29 - wikipedia.org
10, 17, 18 - The Safe Shopper's Bible (Ed. 1995), David Steinman & Samuel S. Epstein, MD
11, 15, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 - Healthy Beauty (Ed. 2010), Samuel S. Epstein, MD
30 - Science Daily

coment aq adalah bnde2 ni sume actly senang je jmpe dlm brg2 y kite salu bli..pa y aq perhatikn adlh mmg ssh ntuk kite avoid bnde2 ni tp stu je nsihat y mmpu aq bgi..try la cri barg2 y organik, xun klu trpkse gune gak sbb mmg suush nk lari dri bahan kimia adlah dgn mngurangkn pnggunaan dye ..wallahualam..assalamualaikum
this list was taken from here! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...