Pages

Wednesday, 27 April 2011

Kiamat makin hampir

salam,

hari nie org nk share stu article yg org dpt dri member org mse duk Kolej Mara aritu.. 
prasan x tanda2 kcil kiamat da mkin brlambak2..tanda2 bsar pon da ade..jdik kite nie da ckop bersedia k nk mghadapi hari kematian kite..mati,  bile kite akan mati? Wallahualam..Ajal maut ditangan Tuhan..kite sbgai mnusia hnya perlu bersedia dgn bekaln2 ntuk dbwa k akhirat kelak..sbb dunia ni di ibaratkn sbg tempat berteduh seorg musafir y akan bergerak k destinasiny stelah berehat di bwh pokok..mksud ny kite idup d dunia nie kejap je (tmpat berteduh) n kite (musafir tdi) akan mneruskn perjlnan kite k destinasi y kekal abadi ( yaitu akhirat)..harap korg pham la anologi nie..

y mmeningkn kpale skrg ialah msalah sosial mkin hari mkin teruk.. bunuh membunuh da jdi stu perkara biase..tiap2 hari dlm berite ad je kes bunuh,buang bayi n mcm2 lg la gjala ya x sihat nie..ye la org ckp sng r x kene kt batang idung sndiri..yeap mmg la ckp tu sng tp org cme berniat ntuk sling ingat mngigati..

"ape ko kisah bkn msalah ko pon lew aq buat sume tuh"..yeap, mmg bkn msalah org tp mne la tw dtkdirkn kubur kite sbelah2 6ty,,org gk y terkene tmpiasny..lgpon da jdi stu kwajiban ntuk kite sesme Islam ntuk saling mengingati..aigoo,nk ckp lebih2 pon org bknye baik sgt..btol la mnusia x semuany sempurna..y pnting kite berusaha ntuk jdik smpurna..n ingat sempurna bkn krne mnusia semate2 tp sempurna kerana Allah..erm article nie ntuk peringatan org sndiri dan muslimin/muslimat semua..


22 tanda hari kiamat semakin hampir

1.      Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
 
2.      Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
 
3.      Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
 
4.      Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
 
5.      Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
 
6.      Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
 
7.      Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
 
8.      Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
 
9.      Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
 
10.  Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
 
11.  Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
 
12.  Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
 
13.  Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
 
14.  Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
 
15.  Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
 
16.  Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
 
17.  Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
 
18.  Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
 
19.  Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
 
20.  Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
 
21.  Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  1. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 buat renungan bersame~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...