SEPULUH WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA:
1. Apabila mendengar AZAN ,bangunlah sembahyang serta –merta walau dalam keadaan apa sekalipun.
2. Bacalah AL-QURAN ,tatapilah buku-buku ilmiah,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkan zikrullah dan jangan lah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa Arab yang betul itu ialah syiar islam.
4. Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pentengkaran yang kosong tiada member apa-apa kebaikan.
5. Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti orang.
8. Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang ,mengecan pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9. BERKENAL-KENALLAH dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang.(bersatu padu)
10. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita .Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya
Tarbiyah tuk diri org sndiri dan saudara-saudari seIslam
No comments:
Post a Comment